June 21, 2014

Perkara/Aktiviti Biasa di Indonesia

Assalamualaikum. Jeng jeng jeng . Haa ~ hari ini aku nak tunaikan janji jugalah. Perkara Biasa yang anda di Indonesia. Aku bagitau ni bukan apa. Tak mahu la pulak korang terkejut macam nampak beruk pulak. Setiap negara lain perkara biasanya. Kat Indonesia ni biar la aku cerita sikit je la. Aku bukan merayap satu Indonesia pun. Aku lepak kat Bandung je pun.

1. JALAN JEM NAIK BUKIT / TURUN BUKIT - INCHE POLIS TRAFIK


Inilah adalah sesuatu perkara rare punya kalau kat Indonesia. Korang akan nampak jalan yang jem sangat sangat. Jalan ni jem sebab jalan nye kecil dan ditepi tepi pula ada rumah yang hampir dengan jalan. Jalan jem sebab semata mata bas kami nak turun dari bukit. Nak buat macam mana , bas kan besar. Satu lagi tengok orang tu. DIorang ni macam polis trafik. Tolong macam ni lah, suruh kereta tu ketepi sikit ke atau kalau korang nak keluarkan kereta tapi tak dapat dapat sebab sesak, ada je diorang korang dengan senang lenang boleh lalu. Tapi jangan la lupa bagi tips kat diorang. Berapa yang korang bagi pun dia terima dengan ikhlas.

2. MASJID UNIVERSAL


Ikhlas lah aku cakap , masjid diorang tak macam kita sebab tempat solat lelaki dan perempuan adalah campur. Kalau Malaysia, kan ada langsir bagai tu. Kalau kat sini tak ada. Jadi kalau nak cover aurat tu, elok elok lah ye. Jangan pulak terkejut. Ni aku bagitau lah ni.

3. WAKTU SOLAT DI INDONESIA


Sepatutnya ini paling first . Huuuu ~ Ni benda paling penting untuk orang muslim yang berada di Indonesia. Solat subuh pukul 4.40 am tahu. Jangan bangun pukul 6. Dah habis solat dah kiranya tu. Walaupun aku pergi bulan 5, dia punya waktu solat kat situ situ juga la. Bukan beza banyak pun.

4. PENGHIBUR JALANAN 


Ini penghibur jalanan. Kalau dia tahu kita dalam bas pelancong , diorang laju laju datang dan buat persembahan nyanyian. Ala , macam Tegar lah. Jangan la pula korang halau dia. Kesian lah dia. Kalau korang tak nak bagi tips pun jangan maki hamun pulak. Tu kira rezeki halal tu. 

5. PASAR BARU 



Aku tau sangat la kalau korang datang Indonesia , tak sah kalau tak pergi pasar baru. Banyak betul barang yang dijualnya . Disebabkan aku baik sangat , aku terus bagi tau la tingkat tingkat yang korang boleh beli barang yang korang aim. Mana lah tau , ada orang dia cekap buat plan dah ke sebelum pergi Indonesia. Hohoho

Dari tingkat bawah :

D1 - BUSANA MUSLIM , FASHION , TEKSTIL , AKSESORI
D2 - TAS , SEPATU & SANDAL , FASHION, BUSANA MUSLIM, PUSAT JAKET
L1 - TEKSTIL, SPREI, BEDCOVER, KARPET, SARUNG
L2 - BANK, ATM, TOKO MAS, TEKSTIL
L3 - FASHION, TAS, KELENGKAPAN BAYI & ANAK , PUSAT PAKAIAN DALAM
L4 - FASHION, SEPATU, AKSESORI, KELENGKAPAN HAJI & BUSANA MUSLIM
L5 - MUDA MUDI CENTRE, SALON KECANTIKAN, HANDPHONE, DVD
L6 - BANDUNG FOOD CENTRE, GAME MASTER , FURNITURE, SALON
L7 - PARKIR

6. PENIAGA JALANAN


Ini adalah peniaga jalanan. Kalau korang naik kereta la kan , lepastu berhenti pulak kat lampu insyarat yang lama, pasti ada peniaga ini. Mereka jual macam macam, Ada jual air , kacang , surat khabar dan macam-macam lagi. Kalau korang naik bas , nak beli macam mana ? Tak ape , ini juga mencari rezeki yang halal bukan?

7. JALAN TAK ADA LINE


 Jalan kat Indonesia kebanyakan tak ada line. Jadi kalau nak menyusup sana sini, silakan la. Aku tengok walaupun macam ni tak ada pulak kemalangan berlaku tapi kalau hon tu normal lah jugak kan. So, sesiapa yang bawak kereta sewa ke kat sana kan, aku harap korang kena sedia mental dan fizikal la dulu tau.

### Ini ajalah aku dapat survey kat sana. Bukan duduk lama kat sana pun . cuma 3 hari je. Kalau salah ke ape ke , betulkan lah aku ni ye. Aku cuma bagitau apa yang aku tengok je.

No comments: