June 27, 2014

Resepi : Nutella Cornflakes Bermadu


 Assalamualaikum dan Hai Hai dan Selamat Berpuasa buat muslim yang beragama islam . Haa ~ macam mana tu? Belum lagi puasa dah start buat kuih. Nak buat macam mana , gua memang minat betul cornflakes ni. Huahuahua. So , sabar je la kan. Nak belajar masak? Uih , sonang sangat lah kalau nak buat. Ini gua ubah sikit resepi nya. Bila gua makan , Emmm lemak berkrim sangat sedaplah. Tak susah langsung buat benda ni. Senang sangat sangat.

Bahan-bahan:

> Cornflakes (Pakai satu paket terus tapi yang bukat Jimat punya tu. yang biasa. Alah, actually sukati la nak berapa banyak )
> Gula castor ( 4 sudu )
> Madu ( Kalau hangpa beli botol punya. Pakai separuh je. Nanti manis sangat pulak )
> Nutella ( 2 sudu )
> Kacang hancur (sukati nak berapa banyak)
> Raibow rice sukati nak berapa banyak (sebagai hiasan)
> mentega 2 sudu

Step 1 :
Cairkan mentega .
Masukkan gula castor
Masukkan Madu
Masukkan Nutella
Kacau sampai gula tu dah takde rasa gula . ~.~ Hohoho. sampai gula cair .

Dalam bowl :
Masukkan cornflakes
Kacang hancur

Step 2 :
Tuang step 1 dalam bowl . Kacau sampai sebati. Lepas tu macam biasa la , letak la dalam papercup tu mengikut sukatan yang anda suka. tabur rainbow rice banyak banyak sebab dapat la warna yang pelangi nanti.

Step 3 :
Bakar dalam 5 minit dengan suhu 150 darjah celcius. Nanti kalau lama lama takut hangus. Memang la sedap tapi orang tengok pun ingat kita tak reti masak. xD Lepas tu dah siap , sejukkan dan masuk dalam balang. Boleh la dibuat kudapan selepas berbuka ataupun nak buat sebelum raya nanti. Try laaa :3


No comments: