December 20, 2011

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 4

Pendeta Wak Faqim

“ Ya, Allah.. Aku bermohon kepadamu.. lancarkan waktu perjalanan kami. Aku tidak tahu kemana lagi mahu mengadu, hanya kau sahaja yang mahu menjadi tempat untuk mengadu yang paling baik. Ya Allah, mengapa aku diduga sebegini rupa. Mengapa aku dibenci kerana perkara dulu. Aku juga hambamu, menagapa kau buat aku begini. Aku dihina, aku dipulau kerana aku banyak memalukan keluargaku di istana. Mungkin apabila aku pergi dari situ….,,”

Puteri Aisyah tiba-tiba terdiam. Apabila dia memikirkan seseorang itu, dia mampu membaca fikiran orang itu dan waktu itu dia terbayang keluarganya dan ketika itu dia terdengar pertengkaran ayahandanya dengan kanda Ilyasa. Puteri Aisyah tidak mahu mengingatinya namun suara-suara itu kedengaran terngiang-ngiang di telinganya dan serentak itu dia menjerit.

“ Pergi..Pergi…,” marah Puteri Aisyah tanpa disedari.

“ Tuanku..tuanku..mengapa ni?,” kata Dayang Seri perlahan.

Puteri Aisyah kelihatan sebegitu selama lima minit. Setelah itu, dia terjaga. Seperti orang baru bangun tidur. Memandang sekelilingnya yang kelihatan banyak wajah yang tidak berapa dikenali. Secara drastik, Puteri Aisyah bangun berdiri lalu pergi begitu sahaja. Hanya dayang Seri yang terkulat-kulat meminta maaf atas kejadian tadi dan segera mengejar Puteri Aisyah.

Ketika Puteri Aisyah berlari menuju kearah kuda, tiba-tiba dia dihalang oleh Qairen.

“ Mengapa?,” Puteri Aisyah bertanya kasar.

“ Maafkan saya menganggu perjalanan awak… Pendeta Wak Faqim hendak berjumpa,” kata Qairen dengan perlahan. Agaknya dia takut dengan gertakan Puteri Aisyah sebentar tadi.

Puteri Aisyah terdiam seketika. Dia sempat memandang wajah Qairen. Wajah Qairen yang bersih dan berseri-seri menampakkan keimanannya yang tinggi.

“ Maafkan saya berkasar dengan awak,” kata Puteri Aisyah malu. Qairen hanya tersenyum manis.

Setelah itu, Puteri Aisyah dan Dayang Seri mengekori Qairen ke bilik Pendeta Wak Faqim. Dalam perjalanan ke bilik Pendeta Wak Faqim, Puteri Aisyah melihat gua itu sudah jauh berubah. Gua Pendeta Wak Faqim seperti kawasan penempatan yang cukup segala kemudahannya. Gua Pendeta Wak Faqim sangat besar. Di dalamnya terdapat bilik-bilik penginapan murid Pendeta Wak Faqim, bilik surau, tandas, dapur dan perpustakaan. Gua Pendeta Wak Faqim adalah kawasan persinggahan para pengembara juga. Terdapat seramai 100 murid Pendeta Wak Faqim dan 15 orang pembantu Wak Faqim yang antaranya adik beradik Qaiden dan Qairen.

Subuh tadi, Puteri Aisyah tidak dapat berimamkan Pendeta Wak Faqim kerana dia mengalami kecederaan kaki semasa berjalan ke dalam hutan mencari herba.

“ Assalamualaikum… ayahanda,” kata Puteri Aisyah dan Dayang Seri serentak.

Kelihatan Pendeta Wak Faqim sedang duduk di kerusinya sambil membuat kerjanya di atas meja.

“ Waalaikumussalam… Aisyah dan Seri, Apa Khabar?,”

“ Khabar baik ayahanda. Bagaimana kaki ayahanda?,”

“ Sudah hampir sembuh. Anakanda janganlah risau. Ayahanda suruh anakanda datang ke sini untuk mengetahui mengapa anakanda berdua boleh keluar dari istana pada waktu subuh-subuh begini?,”

Puteri Aisyah mendiamkan diri. Tidak mampu untuk menipu Pendeta Wak faqim yang sekarang dianggap sebagai ayahandanya sendiri.

“ Kami ingin keluar mengembara,” kata Dayang Seri cuba menyelamatkan Puteri Aisyah dari mengatakan perkara yang sebenarnya.

“ Sultan dan permaisuri tahukah?,” soalan itu kembali menjerat mereka berdua.

Dengan perlahan mereka berdua mengeleng-gelengkan kepala.

“ Ayahanda tahu sudah apa yang terjadi. Sudahlah.. baik kamu berdua beredar dulu. Lagi setengah jam, pengawal-pengawal istana akan mencari kamu berdua. Segeralah beredar,” kata Pendeta Wak Faqim.

“ Baiklah ayahanda. Panjang umur kita bertemu lagi. Assalamualaikum,”

“ Waalaikumussalam,”

Puteri Aisyah dan Dayang Seri segera beredar menuju ke arah kuda mereka.

“ Aisyah,” sapa seseorang sebelum Puteri Aisyah menaiki kudanya. Aisyah menoleh.

“ Sebelum pergi, ambillah makanan ini untuk sarapan. Nanti sakit perut siapalah yang susah,” kata Qairen sambil menghulurkan bekas makanan yang berisi nasi goreng berlaukkan ikan masin.

“ Terima Kasih Qairen,” lalu Aisyah menunggang kudanya lantas memacu laju membelah angin pagi bersama Dayang Seri.

Ketika itu Aisyah teringatkan Qairen yang sopan santun dan menghormati orang lain. Terasa malu berkasar dengannya pagi tadi. Tiba-tiba dia terngiang-ngiangkan suara Qairen..

“ Aisyah, jangan baca minda saya boleh,” Puteri Aisyah tersentak dengan teguran itu.

“ Bagaimana awak…,” Puteri Aisyah tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Qairen telah mencelah.

“ Sekiranya kita bertemu, saya akan ceritakan,” lalu suara Qairen sudah tidak lagi kedengaran.

Puteri Aisyah hanya diam sambil memikirkan perkara tadi. Mengapakah Qairen boleh tahu bahawa dia sedang mengingatinya dan sedang membaca minda Qairen. Masakan dia juga mempunyai kuasa yang sama sepertinya.

“ Tuanku,” kata Dayang Seri tiba-tiba.

Puteri Aisyah tersentak dari lamunannya.

“ Selepas ini jangan panggil beta tuanku boleh? Panggil beta Aisyah sahaja. Takut nanti disedari oleh orang yang sedang mencari kita,” kata Puteri Aisyah bersahaja. Dayang Seri hanya menganggukkan kepala.

“Jauh sudah kita menunggang, kita berehat di sini seketika,” kata Puteri Aisyah sambil memperlahankan kudanya.

Mereka berhenti di sebatang pokok yang redang lalu duduk bersandar di batang pokok. Itu. Puteri Aisyah lantas mengeluarkan bekalan makanan sarapan yang diberi oleh Qairen tadi. Mereka berdua makan dengan berselera sekali. Apabila perut sudah kenyang, mereka berehat sekejap sambil menikmati keindahan suasana alam di kawasan itu. Tiba-tiba Dayang Seri berkata…

“ Aisyah… err tak perasankah tadi?,” Tanya Dayang Seri sambil cuba membiasakan diri memanggil Puteri Aisyah dengan panggilan Aisyah sahaja.

“ Perasan apa Seri?,”

“ Qairen…,”

“ Ya, mengapa dengan Qairen?,” kata Puteri Aisyah pelik.

“ Tadikan, waktu kita berada di bilik Pendeta, Qairen senantiasa memandang awak,”

“ Bagaimana awak perasan Seri?,”

“ Mestilah saya perasan sebab waktu itu Qairen sedang berdiri berdekatan dengan saya,”

“ Ada-adalah sahaja awak ni Seri. Dia pandang awak la tu.. Awakkan cantik,” kata Puteri Aisyah masih merendah diri.

Dayang Seri cuba hendak membidas kembali kata-kata Puteri Aisyah namun Puteri Aisyah sudah bangun mengemas barang untuk segera meninggalkan tempat tersebut. Dayang Sei terpaksa akur dengan perbuatan Puteri Aisyah itu.

“ Cepat segera kita beredar dari sini. Sebentar lagi kita pasti akan dijejaki oleh buah hati awak dan pengawal-pengawalnya,” kata Puteri Aisyah mengesa sambil menyelit kata-kata sinisnya.

Dayang Seri sudah tertunduk malu. Rupanya perhubungan dia dan Laksmana Qaizen sudah diketahui ramai. Namun, bunyi percakapan Puteri Aisyah seperti dia sangat tidak menyukai perhubungan mereka.

“ Mari kita pergi!,” serentak itu tungangan kudanya semakin laju.

No comments: