June 16, 2012

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 8


Jangan Dipandang Wanita Itu

               
                Usai sembahyang Zohor, Ainul Mardhiah bersantai di bawah pohon berdekatan sungai. Ainul Mardhiah terfikirkan nama yang disebut sebentar tadi oleh Mak Dayang. Mungkin dia tidak tahu bagaimana dia mengenali lelaki itu namun memori dia kuat mengatakan bahawa dia pernah terluka akan lelaki tersebut.
                Malam ini, malam penentu soalan yang kian bermain – main di benaknya. Lagipun, dia pasti dapat melihat wajah lelaki itu kerana dia dijemput untuk bersyair di istana tersebut semasa jamuan makan malam diadakan.
                “ Mengapa termenung sendirian?,” tanya seseorang.
                “ Entahlah, Ainul rasa macam tak sedap hati je ,”
                “ Pasal malam nantikah?,”
                Ainul Mardhiah hanya mengangguk. Dibelainya kucing itu dengan lembut. Sekarang, Ainul Mardhiah sebenarnya sedang berbual dengan kucing kesayangannya yang ditemui semenjak dia berada di situ. Ainul Mardhiah sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh memahami bahasa setiap haiwan. Oleh itu, Ainul Mardhiah sering meluahkan perasaannya kepada haiwan kesayangannya itu yang digelar Qairen. Bila ditanya mengapa dia meminati nama tersebut, jawapannya,
                “ Ainul teringat pada seseorang yang bernama Qairen. Itu sahaja yang mampu Ainul ingat. Ainul rasa sangat dia selalu berada di sisi Ainul menjaga Ainul sepanjang masa,” kata Ainul Mardhiah sambil cuba membayangkan wajah itu namun gagal lagi.
                “ Ainul rasa Ainul nak pergikah malam ini?,” tanya kucing jantan itu.
                “ Mestilah. Ainul nak tengok wajah putera itu,”
                “Boleh kita ikut sekali?,”
                “ Qairen nak ikut?”
                Qairen menggesel-geselkan badannya ke tangan Ainul Mardhiah menandakan dia juga hendak pergi. Ainul tersenyum.
                “ Ainul ada kawan malam ni,”

                @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

                “ Mak, mari tengok Ainul ni,” panggil Daim kepada ibunya yang berada di dapur.
                Mak Dayang terkocoh-kocoh naik tangga menuju ke ruang tamu. Apabila dia terpandang Ainul, membuatkan Mak Dayang ternganga besar.
                “ Mana kamu dapat bidadari ni? Cukuplah ada satu gadis kat rumah ni,”
                “ Bidadari ni la gadis kat rumah ni,”
                “ Ainulkah ini?,”
                “ Yelah,”
                Malam itu, Ainul menyarungkan kebaya putih mutiara yang dihiasi manik-manik cantik berwarna- warni dan berkain kelabu. Di kepalanya, Ainul memakai selendang berwarna kelabu dengan kemas dan cantik. Sesiapa yang memandangnya pasti terpegun dengan kecantikan Ainul Mardhiah pada malam itu.
                “ Mana kamu dapat pakaian secantik ini?,”
                “ Saya jahit sendiri. Kain putih dengan kelabu ini kan pakaian saya sewaktu saya dijumpai dulu. Jadi saya ubahsuaikannya semula. Manik-manik ini saya cari kat dasar sungai tepi hutan sana,”
                “ Memang cantik sungguh. Macam anak raja sahaja. Boleh panggil Puteri Ainul Mardhiah ni,” seloroh Mak Dayang.
                Ainul Mardhiah tersentak. Dia macam pernah dengar gelaran ‘puteri’ itu.
                “ Mak, Daim macam pernah lihat Ainul ketika dulu, ada macam iras-iras dengan satu puteri ini,”
                “ Yakah? DI mana?,” tanya Mak Dayang semangat.
                “ Tak silap Daim, di … ,”
                “ Daim…oh Daim. Awak dah siapkah?,” jerit seseorang dari luar rumah.
                “ Daim segera membuka pintu apabila mendengar sahabatnya yang memanggilnya tadi.
                “ Sebentar ya,”
                Dalam masa 10 minit, semuanya selesai. Ketika dalam perjalanan ke istana, Daim curi-curi memandang Ainul. Dia masih terpegun dengan Ainul yang cantik pada malam itu. Begitu juga orang muda kampong yang lain. Ainul tahu itu semua namun dia buat-buat tidak Nampak sambil membelai Qairen di pangkuannya. Qairen menggeliat tanda suka apabila dibelai dan dicium.
                Dalam hati Daim, “ Alangkah bagusnya kalau aku kucing itu,”

1 comment:

Yogurt Products said...

Great blog you have heree