January 2, 2012

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 6

Hilangnya Puteri Kesayangan

Susuk tubuh Puteri Aisyah tidak muncul-muncul. Ini menambahkan lagi keresahan di hati Dayang Seri. Wan dan Farid akhirnya terjun mencari Puteri Aisyah. Ia hilang. Tidak ditemukan langsung di dalam sungai tersebut. Dayang Seri menangis di tepi sungai sepanjang hari. Wan dan Farid setia menanti mengawal Dayang Seri. Beberapa jam kemudian, Laksmana Qaizen dan pengawal-pengawal tiba dikawasan jejak Dayang Seri dan Puteri Aisyah. Mereka pelik melihat ketiadaan Puteri Aisyah dan melihat Dayang Seri duduk teremenung di tepi sungai.

“ Seri,” tegur Laksmana Qaizen,

“ Puteri Aisyah hilang !!,” jerit Dayang Seri seperti terkena hesteria. Panglima Qaizen memegang tubuh Dayang Seri erat dibantu dengan pengawal-pengawal lain.

Dayang Seri menangis teresak-esak tanpa henti. Laksmana Qaizen menyuruh beberapa pengawal membawakan Dayang Seri pulang serta 2 orang pemuda tersebut sebagai saksi di istana. Panglima Qaizen serta beberapa orang pengawal yang tinggal setia mencari susuk tubuh Puteri Aisyah yang hilang yang dikatakan terjatuh ke dalam sungai. Walaupun sungai tersebut jernih, namun tiada langsung Nampak susuk tubuh Puteri Aisyah.

Maghrib sudah menampakkan wajahnya. Laksmana Qaizen terpaksa memberhentikan pencarian Puteri Aisyah dan pulang ke istana. Sudah agak, setelah sembahyang ISyak, Laksmana Qaizen dipanggil ke bilik mesyuarat oleh Sultan. Sewaktu, Laksmana Qaizen masuk ke dalam bilik tersebut, sudah kedengaran Permaisuri dan Dayang Seri menangis teresak-esak. Permaisuri siap memegang gambar Puteri Aisyah sambil menatapnya penuh khusyuk.

“ Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun,” tunduk Laksmana Qaizen memberi hormat.

Sultan mengisyaratkan Laksmana Qaizen duduk berdekatan dengannya.

“ Apa perkembangan terbaru?,”

“ Ampunkan patik tuanku. Patik sudah melaksanakan perintah tuanku mencari Puteri Aisyah namun tidak ditemui. Kata Dayang Seri, Puteri Aisyah melompat terjun ke dalam sungai. Sungai di situ jernih airnya dan boleh menampakkan dasarnya tetapi tetap tidak kelihatan susuk tubuhnya,” terang Laksamana Qaizen.

“ Beta hendak kamu mencari Puteri Aisyah sampai dapat. Sebelum itu, perkhabarkan kepada rakyat jelata, sesiapa yang menemui Puteri Aisyah, akan kita tunaikan janjinya,”

“ perintah dijunjung tuanku !!,”

Gendang bertalu-talu dibunyikan menandakan pembesar diraja ingin membuat perutusan penting buat rakyatnya. Berpusu-pusu rakyat datang di tengah-tengah dataran bagi mendengar perutrusan Sultan. Gendang diberhentikan serta-merta dan rakyat terus terdiam.

“ Membawa perutusan dari Istana, barangsiapa yang dapat menemui Puteri kesayangan baginda, Puteri Aisyah, akan ditunaikan segala yang dia mahukan,”

Bunyi bising kembali tercetus. Semua rakyat nampaknya terkejut dengan berita tersebut. Namun ada juga yang gembira, bukan gembira akan kehilangan Puteri Aisyah tetapi gembira akan ganjaran yang mereka dapat.

Di atas pokok yang berdekatan dengan dataran tersebut, bertenggek pula seorang rakyat sambil menikmati buah-buahan yang berada di atas pokok tersebut. Dia juga hampir terjatuh mendengar berita tersebut. Pemuda tersebut segera turun dan berlari ke rumahnya. Mungkin bersiap-siap mencari Puteri Aisyah.

Di istana, bonda duduk di di tepi kolam ikan yang berada di Taman Istana Mawar Merah. Baginda bermain-main dengan ikan di situ. Di ingatannya, tetap mengingati wajah puteri kesayangannya. Sememangnya, Puteri Aisyah rapat dengan Sultan dan Permaisuri. Sejak kecil, apabila Puteri Aisyah dibuli abang-abang dan kakaknya, dia pasti mencari Permaisuri. Puteri Aisyah memang anak istimewa. Sejak kecil, Puteri Aisyah Nampak matang walaupun kadang-kadang agak kebudak-budakan. Dia sering menolong ayahnya menyelesaikan masalah.

Pernah suatu ketika, terdapat pembunuhan berlaku di tepi sungai berdekatan dengan jeti. Setelah disiasat, terdapat tiga orang suspek utama. Sultan tidak tahu siapakah yang melakukannya kerana mengikut undang-undang Negara, siapa yang membunuh orang mesti disula sehingga mati. Takkanlah Sultan perlu menyula ketiga-tiga orang tersebut dan pasti Sultan berdosa apabila membunuh pula rakyat yang tidak bersalah.

Dalam diam, Puteri Aisyah menyiasat kembali. Puteri Aisyah menggunakan kebolehannya untuk mencari bukti yang kukuh serta pembunuh tersebut. Usia baru 8 tahun, gayanya sudah seperti detektif. Hinggakan dia ketemui pembunuh tersebut dan mengeluarkan banyak fakta yang ditemui di hadapan pembunuh tersebut sehinggakan pembunuh tersebut akhirnya mengaku sendiri sambil melutut di hadapan Sultan.

Ketika itu, Sultan dan Permaisuri sangat kagum akan Puteri Aisyah. Sultan pernah mengujinya dan Puteri Aisyah dapat menyelesaikan masalah dengan pantas. Kebolehannya menyebabkan Putera Ilyasa dengki akannya dan kerana itulah dia yang menyebarkan khabar angin bahawa Puteri Aisyah anak sial. Puteri Aisyah tahu Putera Ilyasa yang menyebarkan fitnah itu, tetapi Puteri Aisyah hanya bersabar.

2 comments:

Unknown said...


Howdy are using Wordpress for your site platform? I'm new to the blog world but I'm trying to get started and set up my own. Do you require any coding expertise to make your own blog? Any help would be greatly appreciated! capitalone com login

Unknown said...


For the reason that the admin of this website is working, no uncertainty very quickly it will be well-known, due to its feature contents. aol.com mail login sign