April 21, 2012

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 7




Seindah Nama Ainul Mardhiah


Subuh pagi memang menyejukkan. Dikelilingi hutan belantara dan haiwan-haiwan jinak, sentiasa dilihat harmoni. Di hutan tersebut, tiada perburuan berlaku. Haiwan riang kemana sahaja tanpa rasa takut. Haiwan dan manusia juga adalah kawan baik.
                Kelihatan kelibat seorang pemuda sedang memancing bersama seekor beruang disisinya. Pemuda itu mengisi masa lapangnya dengan memancing apabila waktu hari cuti berniaga. Pancingnya diikat di sebuah pokok dan dia berjalan-jalan bersama beruangnya di kaki sungai sambil merenung awan biru. Tiba-tiba pemuda itu mematikan langkahnya. Pemuda itu memandang beruangnya. Beruangnya hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu apa-apa. Pemuda itu terus mendekati sebuah kotak emas yang besar.
                “ Harta karunkah ? “ bisik pemuda itu. Dengan perlahan-lahan juga dia membuka kotak tersebut.
                Dia tergamam. Tergamam melihat sesuatu yang sangat susah dilihat orang. Seorang perempuan yang sedang terbaring. Perempuan itu memakai pakaian berwarna putih. Rambutnya berwarna keemasan. Kulitnya putih melepak bagaikan bidadari yang turun ke bumi. Cantik sungguh apabila dipandang.
                “ Kelihatan perempuan ini masih bernyawa. Mari kita bawa dia ke rumah bagi dirawati. Kemungkinan dia pengsan. Pemuda itu mengangkat perempuan itu dengan perlahan-lahan. Kebetulan, pemuda tersebut membawa kereta kudanya.
                @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
                Kampung Sungai Permata heboh dengan kepulangan Daim yang membawa seorang perempuan cantik. Di rumah Daim, perempuan itu dirawat oleh ibu Daim, Mak Dayang juga terkejut apabila anaknya membawa pulang seorang perempuan yang sangat cantik.  Takut pula Daim membuat kerja-kerja jahat dengan mencuri anak gadis orang. Namun, Daim tidak seteruk begitu kerana Daim seorang yang taat akan ibunya, rajin bekerja, suka membantu orang dan suka bersedekah.
                “ Nama anak ni siapa ?,” tanya Mak Dayang apabila gadis itu tersedar dari pengsan.
                “ Saya tak ingat,” kata gadis itu perlahan.
                “ Anak berasal dari mana?,”
                “ Saya tak ingat,”
                “ Cantiknya mata merah jambunya. Pertuturannya juga sungguh sopan,” bisik Daim dalam hati. Kagum akan kesempurnaan diri gadis itu.
                “ Jangan puji saya. Saya takut saya lupa diri,” kata gadis itu tiba-tiba.
                Daim tersentak lantas terdiam.
                “ Di mana saya ?,” tanya gadis itu.
                “ Kampung Sungai Permata. Daerah Nawaini,”
                “ Saya mahu pulang ,”
                “ Awak masih tidak sihat. Tinggallah di sini dahulu,”
                Gadis itu hanya merenung lantai kayu rumah papan itu.
                “ Awak tidak ingat siapa diri awak. Jadi, saya mahu memanggil awak apa?,”
                “ Saya suka nama Ainul Mardhiah,”
                “ Saya panggil awak Ainul. Nama saya Daim,”
                “ Sekarang sudah masuk waktu apa ?.”
                ‘ Zohor. Mahu solat?,” Ainul mengangguk.
                Hangat sungguh perbualan masyarakat kampung itu tentang Ainul Mardhiah. Ke mana sahaja Ainul Mardhiah pergi, mesti ada mata yang memandang lebih-lebih lagi manusia yang bergelar lelaki. Mana taknya, tidak pernah ada seorang wanita yang cantik seperti Ainul Mardhiah.
                Ainul Mardhiah juga sentiasa tersenyum. Senyumannya sentiasa terhias di bibir walau di mana jua. Dia suka melayan kerenah kanak-kanak kampong itu. Hampir setiap hari, Ainul Mardhiah akan duduk di pohon rendang berdekatan dengan rumah Daim sambil bercerita pelbagai kisah-kisah yang menarik perhatian kanak-kanak.
                Paling mengkagumkan, dia juga dapat bermain senjata dengan baik. Tidak kira senjata tersebut kecil atau besar, dia mampu untuk menggunakannya. Kerana semua itu, Ainul Mardhiah mula menjadi kegilaan lelaki di kampong itu. Namun, ada satu nalurinya yang tidak pernah merubah dan sentiasa mengalir dalam jiwanya. Dia pernah merasakan selama ini dia tidak pernah tersenyum. Dia pernah merasakan dia pernah dikecewakan oleh lelaki. Oleh itu, dia seperti sentiasa menjaga batas apabila bertemu dengan lelaki.

                @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

                Setahun sudah berlalu. Pelbagai cabaran hidup membuatkan dirinya semakin matang menjalani kehidupan. Ainul Mardhiah teringin sekali mengenali dirinya yang sebenar. Sudah berkali – kali dia cuba mengingati zaman silamnya namun gagal sama sekali. Hanya kerana itulah dia sering mengeluh bersendirian tanpa pengetahuan orang lain.
                “ Apa yang dimenungkan itu Ainul?,” tegur Mak Dayang.
                “ Eh, Mak Dayang. Tidak perasan pula kehadiran Mak Dayang tadi,”
                “ Mana nak perasan kalau asyik sungguh berangan tu. Teringkatkan buah hatikah?,”
                “ Ish.. mana adalah Mak Dayang. Lagipun saya mana ada buah hati,” jawab Ainul Mardhiah segan.
                “ Eloklah tu. Boleh Mak Dayang satukan kamu dengan anak Mak Dayang, Si Daim tu. Gayanya si Daim tu dah minat sangat dengan kamu,”
                “ Erk.. Mak Dayang ni, saya muda lagilah,”
                “ Muda – mudalah kena khawin. Jangan tunggu sampai tua. Kalau kamu dah sedia, beritahulah Mak Dayang,”
                AInul Mardhiah tunduk malu.
                “ Lupa nak beritahu, malam ni ada jemputan ke istana. Sultan kita nak buat kenduri. Anaknya bakal khawin esok,”
                “ Siapakah nama anaknya itu Mak Dayang?”
                “ Putera Mirwan Mizan. Bakal isterinya pula Dayang Dang Wangi,”
                Ainul Mardhiah tersentak. Terasa dia mengenali lelaki tersebut.

No comments: