September 30, 2012

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Final


Kerana Itu Aku Memilih Dia

                Puteri Aisyah disolek cantik secantik bidadari. Pesolek itu tentunya Dayang Seri Kekwa yang kelihatan tersenyum puas apabila hasil kerja tangannya menjadi. Puteri Aisyah juga kini mampu memakai pakaian kakaknya kerana selama dia merantau, dia telah banyak berdikari dan sedar tidak sedar,  tubuh badannya mulai susut. Namun, Puteri Aisyah tidak akan lupa diri dengan asal –usul tubuhnya dahulu.

                Pada hari itu, Puteri Aisyah akhirnya bakal disatukan dengan pemuda pilihannya. Setelah abang dan kakaknya berkhawin, dia akhirnya menurut. Setelah itu, dia pasti akan dibawa pulang ke Negara pemuda tersebut untuk menjadi permasuri hidupnya serta permaisuri Negara. Setelah kejadian sepurnama yang lepas, perbalahan antara Putera Mirwan Mizan serta Putera Qairen Shahrul Nazam, dia akhirnya memilih jua.

                Dia akhirnya memilih Putera Qairen Shahrul Nazam. bukan kerana dia juga seorang putera raja, namun atas dasar dia cintakan Puteri Aisyah kerana Allah. Puteri Aisyah mencintai Putera Qairen juga kerana Allah. Kerana itulah mereka disatukan.

                Putera Mirwan Mizan hadir ke majlis perkhawinan Puteri Aisyah. Putera Mirwan Mizan melihat betapa mesranya Puteri Aisyah dan Putera Qairen. Akhirnya Putera Mirwan Mizan mampu tersenyum melihat wajah gembira Puteri Aisyah. Selama ini, sudah lama dia tidak pernah tersenyum apabila melihatnya, dan kini semuanya berkahir. Dia berkhawin jua dengan Dayang Dang Wangi. Mungkin Dayang Dang Wangi juga mampu membuatkan Putera Mirwan Mizan tersenyum.

                Mak Dayang tersenyum lebar melihat majlis perkhawinan Puteri Aisyah dengan Putera Qairen. Walaupun Daim bukanlah jodohnya, namun kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Daim masih mampu mencari yang lebih baik darinya.

                @@@@@@@@@@@@@@@@@@@

                Puteri Aisyah duduk bersendirian. Puas sudah menulis cerita di helaian-helaian kertas itu. Dakwatnya habis digunakan untuk menulis cerpen berkisarkan sejarahnya dahulu. Setelah itu, dia menatap kembali satu ayat yang dia tidak pernah melupakan yang datangnya dari Putera Qairen, suami kesayangannya kini iaitu.
                “Kau tahu tak, kerana cinta Aisyah itu sucilah, aku jaga dengan baik. Aku tak nak dia terluka,”
Puteri Aisyah tersenyum sendirian…




# TAMAT #

No comments: